KaMu OrAnG yAnG kE

home page tracker

Monday, February 22, 2010

Sibuknya Kamu......!!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Motivations Of Life

The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES* can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.


DREAM
is our motivation in life.


WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

emotions smiley-wink smiley-smile smiley-laughing smiley-cool

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.

Sunday, January 3, 2010

Hati ini....


Berjalan dgn penuh harapan walau hidup in tak selalu bahagia,
Sedekahkan satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
Peganglah pada ALLAH walau DIA tak kelihatan.
Bukti kasihNya kita wujud didunia pinjaman ini ada sebab
Bila berlaku sesuatu perkara yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yg mengaku keimanan padaNya,
Jgn terlalu berkhayal untuk jadi yg terbaik
Kerana hidup ini tak semudah itu.........
Perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yang hakiki lg abadi,
Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani......


Tuesday, December 29, 2009

Pukau melalui telefon...

Sekarang ni macam-macam jenayah telah berlaku. Naik takut rasanya. Kat sini aku nak kongsi satu cerita ....aku baca kat satu blog ni...and nak kongsi dengan korang sumer....moga2 kita lebih berhati-hati ya....

Jeng...jeng...jeng...ini citernye...

Nk bgtau kt u all ni satu KISAH BENAR yang berlaku kelmarin (2hb April 08).
La ni pukau tak perlu berdiri depan2 mangsa, hembus2 asap rokok atau tenung2 mata...
cuma melalui telefon saje dh boleh kena pukau.

This is happen to my best friend, Fiza masa dia kt Shell, Sri Petaling kelmarin...somebody call dia nye hp kelmarin then ask her name kononnya pemanggil tu dr Hotlink Centre dan inform bahawasanya no. hp si Fiza terpilih utk memenangi peraduan Hotlink, dn yg peliknye no. org tu bkn dr Malaysia (no. luar negara..Indonesia), pastu my friend ni pun dgn tanpa rasa sangsi dan ragu bgtau la nama dia..lps dia ckp je name dia suddenly dia rasa cam bengong sekejap dan seolah2 jd bodoh dan tak sedar ape yg berlaku, jd seperti pak turut yg menurut ape kehendak org tu..u know what? lps ntah ape yg dikelentongnya ntah pastu mangkuk ayon ni pun suruh fiza pegi ke ATM Machine dan bgtau ape yg patut fiza ni buat...so dengan keadaannye yg tgh khayal tu dia pun pegi la ke ATM Machine Maybank yg ada kt kt dlm petrol station tu dan ikut la step2 yg org tu ajar dn dgn tak semena2 duit dlm account (about RM2,600) si Fiza ni pun 'ter transfer' la ke account mangkok ayon ni dgn tanpa s edarnya (bila aku tnye mcm mane dia transfer duit tu dr account dlm M'sia ke luar negara tu, dia ckp dia langsung tak ingat ape2 dn dia bukan la jenis yg reti sgt nk pakai ATM Machine lebih2 lg yg transfer ke luar negara punya)...bkn itu je siap disuruhnya si Fiza ni belikan top up hp Indonesia utk dia...jd fiza yg dh dipukau ni pun terus je pegi beli dan tlg top up kn masuk dlm no. mangkok ayon ni...masa tu my friend ni x tau ape yg dia rasa, sah kena PUKAU...

Semalam kt umah dia baru tersedar dan terus ke ATM Machine utk check balik duit dia...sah dia dh diPUKAU oleh org Indonesia tu sbb baki yg tggl dlm account dia cuma ade bape sen je...terus dia menggigil lps tu dan menangis...Nk buat mcm mane lg, duit dh abis dlm account. Dia cuma harap lps ni sape2 yg dpt panggilan konon2 nya menang peraduan ke ape ke...lebih berhati2 kerana org skg ni lalu telefon je dh boleh kena pukau!!!!

Moral:- Berhati2 klu dpt panggilan phone terutama klu no. yg kita x kenal...x pyh layan lbih2 lg klu dgr slange Indon..

Sunday, December 27, 2009

Survey Season


Jalan-jalan pusing kedai....semalam masa lunch hour aku pegi survey-survey butik pengantin area office.. Hrmmm..agak mendukacita kan...pakej yang ditawarkan agak kurang menarik.....huhuh..lebey2 lagi make up nya.aku tak berkenan langsung....hopefully aku dapat cari butik boley tawarkan special offer..hihihih....sekarang aku agak bz2 kucing nak cari design untuk barang hantaran...hehehe...
















Rahsia Perempuan : Sahabat lelaki perlu tahu.



Allah berfirman;


Ketika aku ciptakan seorg wanita, ia diharuskan menjadi seorg yang istimewa. Aku jadikan bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan…


Aku berikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakkan yang seringkali datang dari anak-anaknya..


Aku berikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika org lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..


Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitkan hatinya..


Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..


Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isterinya, namun kadangkala menguji hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu..


Dan akhirnya aku berikan air mata padanya untuk dialirkan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.


Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dipakainya..atau susuk tubuh yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya..TETAPI kecantikkan seorg wanita itu terletak pada matanya kerana di situlah pintu hatinya..tempat di mana CINTA itu ada..


Perempuan suka :
  1. lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym

  2. pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc

  3. bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5

  4. ada kerja – dining hall, hotel, library etc.-

  5. ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila ***

  6. pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.

  7. pandai buat lawak expecially dpn pompuan- (jangan lawak bodoh..)


  8. pandai programming – bleh buat website/blog/ lawa2

  9. walaupon rock tapi alim2 sket

  10. bleh lead solat jemaah

  11. berambut pendek dan kemas- tak terlalu clean shaved

  12. tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot- wangi

  13. pandai pilih perfume- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je

  14. selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je

  15. ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2

  16. pandai amik ati mak and abah awek-selalu beli hadiah buat mereka.

  17. sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam lamanya.

  18. bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”

  19. bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen..

Perempuan tak suka :

  1. lelaki yang lemah – kurus, tak workout

  2. tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je

  3. study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0

  4. malas cari kerja – harap duit sholar je

  5. takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas

  6. tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands

  7. takde sense of humor – org buat lawak die blur je

  8. takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling

  9. tak celik IT buat website guna frontpage pon kantoi

  10. asyik enjoy siang malam – tak ingat mati

  11. rambut serabai – panjang dan tak terurus

  12. kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot

  13. badan berbau – malas mandi

  14. tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga

  15. jarang hadiahkan teddy bear /atau benda-benda yang diminatinya

  16. wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa

  17. dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek

  18. bagi alasan bila diajak pegi shopping

  19. asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia

  20. bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2

Mungkin tidak ada kesemuanya betul..kadang-kadang aku pun pakai sedap taip saja.. mana-mana yang tak betul/salah tu..bolehlah diperbetulkan.. :)


p/s: Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya

p/s: Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya.



Friday, December 25, 2009

Sujud Sajadah.



Hari ini hari jumaat. Public holiday...hajat hatinya nk buat overtime. Tapi tak jadi la plak.....Ptg ni ingatnya nak jumpe dengan hubby....tu pun tak jadi... tak ada rezeki agaknya. Hubby called, katanya dier xcident. Memula tu macam confius je...betul ke ni..??ingat kan dier main-main, rupenya memang betul. Kereta teruk jugak, Alhamdullilah hubby selamat, dier tak cedera.

Subuh khamis semalam, mak pesan kat aku supaya bangun awal. Dier nak ajak aku ke masjid pagi jumaat. Kata mak, sembahyang subuh hari jumaat kat masjid untung. Imam baca ayat sajadah. Kata mak lagi...kalau lah manusia ni tahu kelebihan sujud sajadah...orang yg lumpuh pun akan merangkak datang kat masjid. Mak kata lagi...bila kita sujud sejadah, dosa kita akan gugur macam daun kering yang berguguran dari pokok. MasyaAllah..besarnya rahmat Allah.

Kat sini aku sertakan sekali ayat sujud sajadah untuk panduan kamu semua.

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ


Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)



Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.


"

Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah.

Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.

Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.

Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.

Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan:
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar."

Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah. Iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.

Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang sudah tahu, kenalah buat.Sekian saja untuk kali ni....Salam.