
Pagi Khamis yang agak suram...kat department aku ni tinggal aku 3 orang je. Seorang clerk dan seorang lagi budak trainee....hrmm..perlu ke aku letak perkataan budak tu....boley la kot..dier agak kecik molek..hehehehe. Salah seorang kawan aku, en daim nama nya..Dier sekarang berada di KMC. Mengalami masalah tulang belakang. Kawan yang lain plak sorg amik cuti, sorg masuk lewat sebab semalam kapal ader problem. So tinggal la aku terkontang-kanting kat sini.
Aku rasa sekarang ni musim orang tak sihat, mak kat umah pun tak sihat. Sakit-sakit tekak, demam, adik kat kuantan pun same, siap kene tonsil lagi. kak su pun same. Kene tonsil jugak.. Agaknye sebab cuace sekarang yang tak menentu. Kalau ikut pada ramalan kaji cuaca, sepatutnye semalam da bermula hujan yang berterusan, tapi Alhamdullilah..sampai sekarang cuaca masih elok. ( macam ahli kaji cuace plak...kikiki).
Hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Zulhijjah. Merupakan bulan terakhir tahun islam. Esok akan bermulalah Awal Muharam....petang ni orang akan baca doa akhir tahun & doa awal tahun. Semoga kedatangan tahun baru ni membawa 1001 makna dalam hidupku..semoga aku menjadi seorang insan yg lebih tabah dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini. Manusia kini semakin lalai dengan kehidupan dunia...termasuk lah aku... kadang-kadang terlalu sedikit pengisian rohani..kadang-kadang kita lupa...hidup kita ni hanyalah sekadar persinggahan...tp terlalu ramai manusia yang mengejar dunia..apalah erti semua kesenangan dunia tanpa bekal untuk ahirat....(hehehe..mcm ustazah plak).
Oklah setakat ni dulu untuk harini Salam Maal Hijrah...Dengan ini Saya Noor Aziah Mohd Yahya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan & ke ampunan pada semua sekiranya ada tersilap kata, terkasar bicara, sengaja @ tidak....segalanya harap di maafkan. Daaaa...Salam.



abg daim saket lg ke? kesian dia. hmhmhm. hrp2 die cepat sehat :D
ReplyDeletemujur zie kabo doa awal tahun n akhir tahun. insyaAllah ya bace ptg ni :)
waaaa sakiittttt :'( memang musim lah kak long. InsyaALLAH,kita same2lah berdoa yea kak long :)
ReplyDelete