KaMu OrAnG yAnG kE

home page tracker

Tuesday, December 22, 2009

6 Jenis Wanita Malang


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Monday, December 21, 2009

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W



1. SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Wednesday, December 16, 2009

17 Dec 2008


Pagi Khamis yang agak suram...kat department aku ni tinggal aku 3 orang je. Seorang clerk dan seorang lagi budak trainee....hrmm..perlu ke aku letak perkataan budak tu....boley la kot..dier agak kecik molek..hehehehe. Salah seorang kawan aku, en daim nama nya..Dier sekarang berada di KMC. Mengalami masalah tulang belakang. Kawan yang lain plak sorg amik cuti, sorg masuk lewat sebab semalam kapal ader problem. So tinggal la aku terkontang-kanting kat sini.


Aku rasa sekarang ni musim orang tak sihat, mak kat umah pun tak sihat. Sakit-sakit tekak, demam, adik kat kuantan pun same, siap kene tonsil lagi. kak su pun same. Kene tonsil jugak.. Agaknye sebab cuace sekarang yang tak menentu. Kalau ikut pada ramalan kaji cuaca, sepatutnye semalam da bermula hujan yang berterusan, tapi Alhamdullilah..sampai sekarang cuaca masih elok. ( macam ahli kaji cuace plak...kikiki).


Hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Zulhijjah. Merupakan bulan terakhir tahun islam. Esok akan bermulalah Awal Muharam....petang ni orang akan baca doa akhir tahun & doa awal tahun. Semoga kedatangan tahun baru ni membawa 1001 makna dalam hidupku..semoga aku menjadi seorang insan yg lebih tabah dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini. Manusia kini semakin lalai dengan kehidupan dunia...termasuk lah aku... kadang-kadang terlalu sedikit pengisian rohani..kadang-kadang kita lupa...hidup kita ni hanyalah sekadar persinggahan...tp terlalu ramai manusia yang mengejar dunia..apalah erti semua kesenangan dunia tanpa bekal untuk ahirat....(hehehe..mcm ustazah plak).


Oklah setakat ni dulu untuk harini Salam Maal Hijrah...Dengan ini Saya Noor Aziah Mohd Yahya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan & ke ampunan pada semua sekiranya ada tersilap kata, terkasar bicara, sengaja @ tidak....segalanya harap di maafkan.
Daaaa...Salam.

Tuesday, December 15, 2009

16 Dec 2009


Huhuhu...pagi ni agak membosankan...tak banyak keje yang perlu di buat......smlm pun same... juz nak hantar kalender 2010 pada supplier..Hrmm..ni dah masuk boring tahap gaban...nk update blog...tapi tak tau nk cite ape..... Hrmm..sekarang ni aku tengok banyak blogger yang buat contest...aku pun cam teringin nk buat contest jugak.... "Pencarian mata paling menawan".....hahaha aci tak? (" sambil mata berkelip-kelip dengan bulu mata yang lebat dan panjang).


Sunday, December 13, 2009

Keje...


Hari ini da masuk hari isnin...this week aku agak rajin bekerje...hehehe...al-maklum la last week aku tak ada mood langsung nk buat keje...rasanya nak tggu pukul 10 pagi.....mcm barzaman lamanya...

Hrmm..maybe weekend baru ni dah dapat ubat kot...jeng..jeng..jeng...friday aku pegi kuantan....tengok wayang dengan my friend, my hubby and my adik2 yg mucuk-mucuk...
Saturday pulak..my hubby turun kemaman, kita org pegi kenduri my opismate kat kijal.
Amir adikku yang bongsu ikut skali....

Keadaan mesramall memang meriah...maybe sebab TMC da bukak..TMC..ape tu?? TMC...aku pun tak tau nk cakap macam mane....dulu GIANT...tp tak jadi bukak...tup..tup...bukak TMC...ah lantak la....janji ader orang jual barang...

Kiteorg saje je jenjalan pusing-pusing kan...makan-makan kat food court. kepala ku agak pening-pening lalat sebab terlalu ramai orang. Dalam pukul 5.30 ptg kita org terus ke Pantai Kemasik....kat sini pun ramai org....tak tau la nape...aku pun hairan bin ajaib...lepak-lepak amik angin sambil Amir mewarnakan buku yang baru di beli kat TMC tu...nk tau tak..??adik aku amir ni...dier dengar aku paggil buah hati aku ni hubby kan....tak pasal-pasal...dier pun nak panggil hubby....rase nk tergelak pun ader...rase nk tergolek pun ader...

Dialog dier lebey kurang macam ni la

Amir : nape kak long panggil abg nizam hubby?
Aku : sebab kite org kan nk jadi suami isteri.
Amir : bakpe ape mak ngan ayah tak panggil hunny hubby?
Aku : sebab mak ngan ayah panggil abang sayang..
Amir : Doh bakpe kak long dop panggil abang sayang??

Hasssudaaahh...aku pun jawab la.

Aku : alaaa..mcm kak long pggl amir comey la.
Amir : Doh bakpe dop panggil abg nizam comey?
Doh Amir sayang abg nizam kan...Amir nk pggl abg nizam hubby jgk la...


Adussss....sakit perut-perut aku gelak...paling aku tak tahan..dengar cara dier panggil tuh...
Sabo je la...Amir...Amir...

Hrmm...setakat ni jela dulu untuk hari ni...gamba kiteorg tak dapat nk upload lg...pc ni takde driver untuk handphone aku....

Wednesday, December 9, 2009

Alhamdullilah...


Hrmmm..td aku da bt 2nd post..tp xkuar la plak..aku juz edit time...ntah nape xnak kuar..ape la....moral of de story...jgn edit pape...tulis jew..heheh..anyway..thanks for adik mucuk2 yg da manyak tolong kak long bt blog neyh...nanti kak long lanje adik makan jew..muuaachh...!!!

Tuesday, December 8, 2009

Pening


Sebenarnya aku ni da ader blog..tp di sebabkan da lame xbukak, ntah pape la terjadi kat aku punye blog...huhuhuh..actly sedey gaks seposen dua. ni aku try n error la dulu neyh...kite tgk ape yg jd...